Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jaga batasan, jangan leka sensitiviti Fight of Gods

SEBAGAI ‘gamer’ tegar, saya menyokong penuh tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana pantas bertindak terhadap permainan video Fight of Gods yang dilihat seolah-olah memperlekehkan watak-watak keagamaan yang dianggap suci.

Walaupun berhibur, pengisian permainan juga amat penting dan kandungan sedemikian boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan negara. Kita perlu berhati-hati terutamanya apabila anak-anak kita sendiri mungkin bermain permainan video tersebut.

Rata-rata komuniti ‘gamer’ di Malaysia tidak berpuas hati apabila seluruh platform penyedia permainan Steam disekat kerana pengurus laman tersebut tidak bertindak terhadap amaran yang dikeluarkan SKMM. Namun, Steam akhirnya akur dan menyekat muatan turun Fight of Gods.

Daripada pemerhatian saya, Fight of Gods masih dalam proses penambahbaikan dan rancangan untuk menambah watak baharu amat membimbangkan kerana ada yang mencadangkan watak Nabi Muhammad SAW ditambah. Bayangkan!

Akidah anak-anak kita akan terjejas sekiranya seperti ini dibiarkan mempengaruhi kehidupan seharian kita. Banyak lagi permain video atau cara untuk kita berhibur.

GAMER PRIHATIN

Bandar Baru Bangi, Selangor

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain