Dalam konteks universiti pula, mahasiswa tidak seharusnya menatap telefon pintar mereka sepanjang proses pembelajaran kerana bagi saya perbuatan ini jelas tidak menghormati majlis ilmu yang dihadiri.

Seperti yang sedia maklum, di universiti mahasiswa tidak disekat untuk membawa telefon pintar ke kelas namun itu bukan bermakna mereka boleh menggunakannya sesuka hati.

Sebagai mahasiswa mereka seharusnya bijak menggunakan peranti itu dan bukannya sehingga menyinggung perasaan pensyarah yang sedang mengajar di hadapan.

Ingat, keberkatan satu-satu ilmu amat bergantung kepada adab kita ketika menuntut ilmu dan keredaan guru yang mengajar.

Selain itu, ringankanlah bibir untuk memohon maaf dan mengucapkan terima kasih sebagai tanda hormat terhadap mereka yang sudi berkongsi ilmu dengan kita.

WAN SITI NURUL HUSNA WAN MUHAMAD

Nilai