Justeru, saya ingin memohon kepada pihak Utusan Malaysia supaya mengembalikan semula jadual waktu solat di muka hadapan akhbar ini seperti dahulu kerana perubahan baru yang meletakkan ia di bahagian dalam akhbar ini agak ‘kurang praktikal’ kerana menyulitkan pembaca yang ingin melihat secara pantas apatah lagi bagi golongan berusia dan orang kurang upaya. Diharapkan semoga permintaan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak berkenaan terutamanya bagi kemudahan golongan seperti yang disebutkan tadi.

ZURAIDAH JAAFAR
Nyalas, Melaka