Persoalannya apakah faktor utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan? Adakah berpunca daripada keadaan jalan, sikap pemandu atau kenderaan. Ini yang perlu difikirkan bersama agar kita bertemu jalan penyelesaiannya.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) sebelum ini pernah membuat kajian dan didapati 82 peratus kemalangan maut berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya itu sendiri. Justeru, sudah sampai masanya setiap pemandu di negara ini perlu berubah iaitu dengan menjadi seorang yang lebih peka, prihatin dan bertimbang rasa.

Peka dengan keselamatan diri mahupun diri orang lain. Contoh terbaik, jika kita terlalu mengantuk, carilah tempat yang selamat seperti kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk lelap sejenak. Jangan memandu ketika mengantuk kerana keadaan itu boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

ZULFATRIA ABDULLAH

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)