Cuba kita lihat rakyat di negara-negara maju. Boleh dikatakan sebahagian besar mereka menjadikan membaca sebagai aktiviti harian dan inilah salah satu amalan mereka sejak dahulu lagi.

Seperkara lagi, jangan terikat dengan satu genre buku sahaja sebaliknya perluaskanlah pembacaan khususnya yang melibatkan bahan-bahan ilmiah dan akademik. Memang tidak dinafikan kategori buku yang seperti ini amat berat tetapi perlu dibaca dalam usaha kita menambahkan ilmu pengetahuan.

Hakikatnya, pembinaan budaya ilmu mestilah bermula dengan minat membaca. Sebab itu, anak-anak kita telah diajar membaca sejak mereka berusia tujuh tahun lagi. Sebagai tambahan dan galakan program Nilam telah diperkenalkan di sekolah rendah dengan harapan anak-anak kita ini dapat menjadikan aktiviti membaca sebahagian daripada tabiat mereka.

DR. AMINUDIN MANSOR

Subang Jaya