Pernah satu hari ketika menggunakan jalan ini untuk bertemu dengan seorang rakan, saya tidak menyedari ada sebuah lori simen diletakkan di kanan jalan. Kebetulan di sebelah kiri jalan juga diletakkan sebuah lagi lori simen.

Alhamdulillah pada masa itu saya memandu perlahan dan berjaya mengawal kereta dengan baik. Saya terpanggil berkongsi tentang isu ini kerana khuatir satu masa nanti akan ada pengguna menjadi mangsa kerana terlanggar lori simen tersebut yang sengaja di letakkan di kiri dan kanan jalan berkenaan.

Amatlah diharapkan pihak berkuasa khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan sewajarnya sebelum ada pengguna lain yang menjadi mangsa. Sepengetahuan saya tepi jalan adalah kawasan larangan untuk diletakkan kenderaan lebih-lebih lagi kenderaan berat.

AGUS
Kepong