Ciri positif dan murni yang menjadi asas kepada budaya berintegriti di tempat kerja, usaha pemupukan dan penghayatan budaya murni digariskan dalam Pelan Integriti Nasional (PIN) memang dipatuhi oleh sebahagian besar pekerja tetapi tidak terlihat keberkesanannya bagi pihak atasan terutama pengurusan dan pentadbiran.

Dalam sektor awam, kemungkinan yang terlibat dengan ‘makan suap’ mudah dikesan tetapi ‘penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa’ oleh ketua jabatan sukar dibanteras kerana sering dimanipulasi oleh mereka yang mempunyai kuasa.

AZIZI AHMAD

Segambut Luar, Kuala Lumpur