Ini bermaksud pendidikan STEM tidak boleh berdiri sendiri sebagai disiplin yang terasing sebaliknya harus diintegrasikan dengan dunia sebenar.

Pendidikan berasaskan kelas tradisional yang berorientasikan pemusatan kepada guru perlu diubah kepada konsep baharu yang mengutamakan pelajar banyak bertanya. Mereka harus belajar untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan dunia sebenar.

Bagi memastikan pendidikan STEM benar-benar dapat menarik minat pelajar, kaedah pengajaran pasif di dalam bilik darjah perlu diubah kepada pembelajaran aktif yang mementingkan idea-idea kreatif dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

PROF. MADYA 
DR. EFFANDI ZAKARIA

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)