Pihak kami komited dalam memberikan pengalaman perkhidmatan yang terbaik dalam apa jua urusan yang melibatkan pelanggan, pengedar mahupun rakan kongsi. Oleh itu, kami memandang serius terhadap sebarang maklum balas yang diberikan oleh pelanggan dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan perkara tersebut secara adil dan tepat pada masanya.

Kami mengambil peluang ini untuk menggalakkan pengadu yang menggunakan nama samaran MAKCIK BAWANG menghubungi pihak syarikat agar kami dapat memahami maklum balas yang diberikan dan menyelesaikan kebimbangan yang dihadapi dengan lebih baik.

Kami meminta kerjasama pengadu untuk berhubung terus dengan pegawai perkhidmatan pelanggan kami, Nurul Haida melalui talian 012-3288829. Selain itu, pengadu boleh juga menghantar e-mel kepada kami mengunakan alamat [email protected] atau mesej terus ke laman Facebook kami iaitu www.facebook.com/ZurichMYS.

BAHAGIAN KHIDMAT PELANGGAN
Zurich Takaful Malaysia Berhad