Sehubungan itu, mereka dengan lantang mendesaknya supaya meletakkan jawatan.

Selepas kecoh dan panas dengan isu kerajaan tidak lagi melaksanakan serbuan khalwat, Mujahid tampil menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Katanya, seperti yang dipetik laporan TV Al-Hijrah, beliau menganggap kenyataannya dimanipulasi akhbar.

Jelasnya, beliau hanya menyebut tentang salah guna kuasa penguatkuasaan di ruang awam dengan ruang peribadi yang tidak mengikut kaedah atau cara Islam.

Apa pun kenyataan yang hendak dilontarkan oleh Mujahid, periksalah terlebih dahulu. Berhati-hatilah. Juga, sebelum mengeluarkan kenyataan, biarlah diri memiliki ilmu dahulu. Jika bercakap tanpa ilmu, kelak mengelirukan. Jika ini berlaku akan menyebabkan orang ramai berserabut.

Bagi saya, tidak semua orang yang berjaya itu cerdik dan kadangkala ada pemimpin negara yang usia masih muda atau tua, tetapi fikiran berserabut.

ABD. RAZAK OSMAN

Sungai Petani, Kedah