Sudah beberapa kali saya perhatikan pelancong asing yang memandu kenderaan sewa tersangkut di plaza tol sekitar Kuala Lumpur disebabkan mereka tidak faham operasi sistem elektronik sepenuhnya di lebuh raya Malaysia.

Masalah biasanya timbul bila pelancong memandu sendiri kenderaan sewa untuk menjimatkan kos ke destinasi mereka dalam Malaysia berbanding yang mengambil pakej van atau bas pelancong.

Jika kereta sewa disediakan dengan kad Touch ‘n Go serta risalah menjelaskan sistem tol di lebuh raya Malaysia, maka perjalanan mereka akan lebih lancar dan tidak memeningkan sehinggakan menjejaskan imej negara kita.

Saya lihat masalah serupa berlaku dalam kalangan pemandu Malaysia yang tinggal di kawasan kampung dan luar bandar khususnya jika mereka jarang menggunakan lebuh raya.

Namun, saya tidak pasti bagaimana Touch ‘n Go dapat membantu golongan ini selain daripada menyediakan pekerja menjual dan menambah nilai kad di plaza tol.

HASAN MUTALIB

Bandar Utama, Selangor