Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysiakini melampau

Tajuk-tajuk dalam berita Malaysiakini 24

AHAD lalu, saya membaca ruangan Awang Selamat dalam akhbar Mingguan Malaysia dan antara isu yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan portal berita Malaysiakini. Saya sedikitpun tidak terkejut sebaliknya bersetuju dengan segala fakta yang dikemukakan oleh Awang Selamat.

Ketuanan Melayu
 

Mengapa saya berkata demikian? Ini kerana corak pemberitaan dan kupasan isu oleh Malaysiakini lebih terarah menghentam kerajaan walaupun projek atau program yang diperkenalkan itu mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Malaysiakini lebih menyokong perjuangan pihak pembangkang terutama yang berkaitan politik serta isu-isu sensitif.

Cuba kita lihat pendirian mereka dalam pelbagai isu antaranya perhimpunan haram Bersih, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rang Undang-Undang 355.

Tajuk-tajuk dalam berita Malaysiakini
 

Dalam semua isu yang disebutkan itu, Malaysiakini berpihak kepada pembangkang. Jelas bahawa Malaysiakini adalah portal berita propembangkang dan perkara itu bukan satu rahsia lagi.

Berbalik kepada isu penyiaran komentar pembaca yang liar oleh Malaysiakini sebagaimana dibangkitkan oleh Awang Selamat, tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa. Langkah ini perlu bagi menghentikan segera tindakan yang tidak beretika itu.

Bagi saya, perbuatan Malaysiakini menggunakan komentar-komentar pembaca khususnya yang berbentuk menghentam kerajaan termasuk mempertikaikan keputusan mahkamah adalah sesuatu yang langsung tidak boleh diterima walau apa jua alasan.

Tajuk-tajuk dalam berita Malaysiakini
 

Tiada gunanya kebebasan akhbar atau bersuara jika perpaduan menjadi semakin rapuh, negara menjadi kacau bilau, rakyat hidup melarat dan ekonomi terjejas.

Meskipun kita mempunyai hak untuk menulis atau bersuara namun setiap perlakuan itu masih tertakluk kepada undang-undang yang bertujuan memastikan keamanan negara ini terus terjamin.

Sememangnya tindak-tanduk oleh Malaysiakini itu jelas tidak bertanggungjawab.

Tajuk-tajuk dalam berita Malaysiakini
 

Mereka sengaja menyiarkan komentar-komentar liar seperti itu meskipun kesannya amat buruk kepada negara.

Satu perkara lagi, Malaysiakini tidak perlulah mempersoalkan sebarang kritikan daripada mana-mana pihak terhadap portal berita itu. Lagipun taktik yang digunakan sudah lapuk dan boleh dihidu oleh sesiapa sahaja.

Saya juga percaya mereka yang mempunyai fikiran rasional sudah pasti boleh menilai tujuan Malaysiakini menyiarkan komentar pembaca yang liar dan bersifat tohmahan itu selepas membacanya.

Dari sudut lain pula, langkah portal berita berkenaan meletakkan notis bahawa Malaysiakini tidak bertanggungjawab atas segala komen jelek pembacanya seolah-olah mahu ‘cuci tangan’.

Tajuk-tajuk dalam berita Malaysiakini
 

Nampak sangat Malaysiakini enggan memikul tanggungjawab walaupun komen jelek itu terpapar di laman sesawang portal berita berkenaan.

Mungkin juga mereka mahu melepaskan diri sekiranya terdapat tindakan undang-undang serta saman fitnah terhadap komentar tersebut.

Tajuk-tajuk dalam berita Malaysiakini
 

Saya yakin Malaysiakini akan menggunakan notis tersebut sebagai pengecualian daripada sebarang tindakan undang-undang atau saman fitnah sekiranya komen-komen seumpama itu dibawa ke mahkamah.

Barangkali juga komentar liar itu datang daripada pihak tertentu yang kemudian disiarkan dalam ruangan pembaca Malaysiakini. Mungkin juga terdapat 10 komen pembaca dan lapan daripadanya menghentam kerajaan yang kemudian kesemua lapan komen itu akan disiarkan oleh Malaysiakini.

Tajuk-tajuk dalam berita Malaysiakini
 

Saya juga ingin mengajak setiap daripada kita membayangkan sekiranya akhbar-akhbar dan portal berita arus perdana melakukan perkara serupa iaitu dengan sewenang-wenangnya menyiarkan komen-komen pembaca yang bersifat tuduhan melulu, tohmahan dan fitnah terhadap pihak pembangkang khususnya DAP.

Agak-agak apa akan berlaku?

Sudah tentu DAP serta mana-mana parti pembangkang berasa terhina dan seterusnya melakukan serangan balas. Mereka akan menggunakan segala media alternatif yang ada termasuk Malaysiakini untuk menjalankan misi tersebut.

Tajuk-tajuk dalam berita Malaysiakini
 

Dalam perkembangan sama, kenyataan Pensyarah Kanan Hakcipta dan Penerbitan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dr. Nora Nordin tentang kegagalan pihak editorial Malaysiakini menapis komen seumpama itu walaupun ramai dalam kalangan pembaca mereka menggunakan perkataan tidak sopan dan berbaur hasutan perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Tidak boleh tidak pihak berkuasa berkaitan perlu bertindak segera. Gunakanlah setiap peruntukan undang-undang yang ada dalam usaha mengelakkan keamanan dan keharmonian negara ini terjejas gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab Malaysiakini.

AYAH SOH

Seremban, Negeri Sembilan

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain