Setelah meneliti aduan yang dikemukakan oleh pengadu dalam Forum Utusan Malaysia bertajuk Tiada deposit, tiada rawatan? bertarikh 26 Januari 2019, pihak HPj ingin memberikan penjelasan bagi perkara yang dibangkitkan.

KERATAN Utusan Malaysia 26 Januari 2019.
KERATAN Utusan Malaysia 26 Januari 2019. 

Berdasarkan hasil siasatan yang telah dilakukan, terdapat salah faham yang berlaku antara waris pesakit dan petugas kaunter semasa sesi penerangan kepada pengadu berhubung polisi pendaftaran masuk pesakit di Kaunter Unit Hasil HPj.

Petugas kaunter telah memaklumkan kepada waris bahawa pesakit boleh dimasukkan ke dalam wad tanpa deposit tetapi perlu membayar keseluruhan bil semasa keluar wad.

Selain itu, petugas kaunter turut mencadangkan supaya pesakit dirujuk ke hospital kelas ketiga kerana caj rawatan yang dikenakan adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan caj rawatan di HPj yang merupakan hospital kelas pertama.

Cadangan ini adalah satu khidmat nasihat yang diberikan oleh petugas kaunter sebagai pilihan bagi meringankan beban keluarga pesakit.

HPj akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan hospital. Justeru, pihak HPj akan terus mengambil langkah untuk menambah baik perkhidmatan sedia ada dari semasa ke semasa.

Kerjasama pengadu dalam memberikan maklum balas ini amat dihargai.

NOORHAYATI AMIN
Timbalan Pengarah (Pengurusan) HPj