Dalam keadaan ini jugalah, ramai mendapati diri mereka berhadapan dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan, berpunca daripada salah faham mengenai peraturan asas iaitu sebab dan akibat.

Bagi mereka yang mahu menyelesaikan cabaran dihadapi secara konsisten, anda mesti harus belajar untuk melihat urusan kehidupan harian dari perspektif betul, yang boleh dirumuskan dengan prinsip ‘Anda adalah apa yang anda cuba lakukan, anda adalah apa yang menentukan apa yang anda ada.’

Jadi, jika semua yang anda pernah lihat dan lalui adalah hasil pemikiran masa lalu, satu-satunya cara anda boleh mengubah apa yang anda akan lihat atau jangkakan pada masa akan datang adalah mengubah pemikiran hari ini. Itulah maksud sebenar sebab dan akibat.

Luangkan sedikit masa untuk berfikir, apa yang anda inginkan. Jangan terkejut jika dikatakan ramai daripada kita tidak tahu apa yang kita inginkan. Cuba anda tanya rakan anda, apa yang mereka inginkan dan rasanya mereka akan memberi jawapan berlainan iaitu apa yang mereka tidak inginkan atau mahukan. Jika anda sentiasa memikirkan tentang apa yang anda tidak mahu, anda akan menjadikan masa depan anda penuh dengan semua perkara yang anda tidak mahu. Anda akan mendapati bahawasanya ia akan menjadi kenyataan kerana semua ini adalah sekumpulan omong kosong.

Kita bukanlah hidup dalam alam dongeng Aladdin dengan lampu ajaib Jika kita menggosok maka akan menjelmalah jin yang akan memberikan segalanya apa yang kita minta, namun tahukah anda apa yang anda minta daripada jin tersebut?

Rasanya tidak ramai yang tahu apa yang ingin diminta. Kebanyakan daripada kita sering dan menghabiskan masa berfikir tentang apa yang berlaku dalam urusan kehidupan harian mereka sahaja, masalah yang mereka hadapi sekarang, apa yang tidak menjadi dalam kehidupan mereka dan tentunya berfikir mengapakah nasib mereka adalah seperti sekarang.

Pernahkah anda mengajukan diri anda dengan soalan provokatif seperti, bagaimanakah anda menghabiskan usia kehidupan secara konsisten dengan visi melangit atau angan-angan anda? Pernahkah anda mencatat apa yang anda fikirkan dan membayangkan dan menjalani kehidupan impian anda?

Apa yang kita tidak sedar sebenarnya adalah kita cuba merubah dan mencorakkan diri kita yang sebenar. Kita mungkin akan menjadi seorang yang ‘berkehidupan baru’. Anda mungkin akan ‘menjadi’, ‘melakukan’ dan ‘mendapat’ apa yang anda impikan.

Keadaan anda adalah hanya hasil pemikiran masa lalu anda. Bertanggungjawab terhadap apa yang anda lakukan dan ubahlah corak pemikiran anda. Itulah satu-satunya perkara yang akan mengubah hidup anda.

AZIZI AHMAD
Segambut Luar, Kuala Lumpur