Amalan ini menyebabkan ramai pesalah di jalan raya mengabaikan sebarang kompaun atau saman yang dikeluarkan sama ada menunggu ‘musim’ diskaun atau langsung tidak mahu membayarnya.

Lebih elok jika pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang sedia ada dan naikkan kadar kompaun serta saman jika lewat dibayar kerana semua prosedur ini diwujudkan bagi mencegah pengguna melakukan kesalahan, bukannya sekadar sistem ‘hiasan’.

Semakin banyak pihak berkuasa berlembut dengan pesalah jalan raya, semakin ‘naik lemak’ mereka bertindak ke tahap tidak mengendahkan undang-undang, malah berani mencabar anggota penguat kuasa.

Cegah sebelum parah! Jangan sampai generasi akan datang langsung tidak hormat kepada undang-undang dan penguat kuasa, seterusnya membentuk masyarakat yang kurang ajar.

MOHD. AZAM

Klang, Selangor