Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Henti tambak laut Kuala Kedah

PROJEK tambak laut berhampiran Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah,
PROJEK tambak laut berhampiran Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah, akan mengancam sumber pendapatan 500 keluarga nelayan pantai di kawasan itu. GAMBAR IHSAN SAM

Saudara Pengarang, JABATAN Alam Sekitar (JAS) perlu mengarahkan pemberhentian projek tambak laut berhampiran Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah, kerana kegiatan itu akan memusnahkan hutan paya bakau dan mengancam sumber pendapatan 500 keluarga nelayan pantai di kawasan itu.

Siasatan juga perlu dilakukan bagi mengenal pasti sebab pihak berkuasa tempatan (PBT) membenarkan pemaju memulakan proses menambak laut walaupun belum mendapat kelulusan kajian impak alam sekitar (EIA).

Laporan EIA itu sedang dipamer untuk ulasan awam dari 5 hingga 25 Mac ini.

Sejak projek itu dimulakan, nelayan pantai di sekitar kawasan itu mengadu hasil tangkapan mereka telah berkurangan antara 20 hingga 30 peratus sehari.

Kesan itu melibatkan semua jenis tangkapan termasuk ikan, udang, ketam, siput, kerang dan lala.

Sebelum ini, nelayan berkenaan memperoleh pendapatan mencecah RM100 sehari tetapi sekarang hanya mendapat antara RM40 hingga RM80 sehari.

Amat dikesalkan kerana kerajaan Kedah dan PBT tidak menghiraukan bantahan nelayan terhadap projek penambakan laut berkenaan.

SAHABAT ALAM MALAYSIA (SAM)

Pulau Pinang

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain