Mereka bahkan memuat naik gambar yang dirakam dengan jelas menunjukkan wajah, uniform, tanda nama serta lencana nama sekolah dan anak-anak mereka.

Itu bukanlah perkara yang pelik, namun sedar atau tidak perbuatan tersebut sekali gus mendedahkan anak-anak mereka kepada peluang berlakunya pelbagai perkara buruk yang tidak diingini seperti culik.

Ada juga hantaran atau posting disekalikan dengan lokasi tepat (check in location) di mana anak-anak mereka bersekolah.

Kita baharu sahaja dikejutkan dengan satu kejadian culik di sebuah masjid di ibu kota baru-baru ini, namun kejadian tersebut seakan-akan ‘ditenggelami’ oleh keterujaan ibu bapa hari ini.

Kejadian seumpama itu mungkin boleh berlaku lagi jika segala aktiviti dan maklumat telah kita sediakan dengan tepat dan jelas kepada penjenayah.

Tiada siapa mahu perkara tidak diingini berlaku terhadap mana-mana ahli keluarga, minta simpang. Usah dibuka ruang dan peluang kepada penjenayah untuk menghampiri hanya kerana anda mahu satu dunia tahu kisah kehidupan seharian anda.

BUKAN ANTI SOSIAL
Johor Bahru, Johor.