Setahu saya sudah dua kali rakyat Johor tertipu dengan berita palsu ini sehingga nama istana terpalit dengan pandangan negatif sedangkan orang lain yang membuat onar.

Saya harap pihak berkuasa segera mengesan dan mendakwa individu yang memulakan berita palsu itu serta jadikan dia orang pertama didakwa di bawah akta baharu tersebut bagi membersihkan nama Tunku Ismail dan istana Johor.

RAKYAT JOHOR

Johor Bahru