Begitu juga amalan forward message atau share post di media sosial. Seakan sudah jadi kebiasaan, setiap kali ada cerita sensasi ia akan dipanjangkan kepada pengguna lain.

Sahih atau tidak ia sering kali diketepi, yang penting ia perlu disampaikan secepat mungkin.

Contohnya isu penularan hadis palsu dalam media sosial. Ramai alim ulama ‘celup’ menyebar ajaran sesat dan yang tidak masuk akal.

Apa yang dibimbangkan, hal itu membawa kepada kerosakan tauhid dan akidah dalam kalangan orang Islam.

Umum perlu mengetahui, penyebaran maklumat tanpa bukti yang sahih adalah salah di sisi undang-undang Negara.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Hasutan 1948 adalah undang-undang memperuntuk kepada sesiapa didapati menyebar maklumat palsu, meragukan serta menimbulkan kerisauan masyarakat di laman sosial.

Anda boleh didakwa dan dikenakan tindakan undang-undang sebagaimana termaktub dalam akta.

Ahli masyarakat perlu menasihati ahli keluarga atau rakan-rakan yang gemar memanjangkan cerita yang belum sahih di media sosial.

Berkongsi cerita itu bagus tapi jangan sampai merosakkan diri sendiri dan orang lain.

AZURA KAMARUDZZAMAN,

Pensyarah Kanan, UiTM, Johor