Dalam keadaan kekurangan wang tunai, saya dengan penuh keyakinan terhadap jaminan ahli politik itu membeli nasi dengan sayur kubis serta teh O ais dan akhirnya dikenakan caj RM6 iaitu RM4 untuk nasi dan sayur, RM2 untuk air.

Dahulu nasi dengan sedikit sayur itu cuma RM2.50 dan air teh cuma RM1.50 menjadikan jumlahnya RM4 sahaja. Dengan hanya RM5 dalam dompet, saya terpaksa membuat muka tebal memulangkan air teh O ais itu.

Terima kasih Ahli Parlimen Damansara yang juga penasihat hebat kepada Menteri Kewangan. Hidup rakyat biasa seperti saya memang ‘sudah berubah’ sejak kamu semua mengambil alih pemerintahan. Ada ahli politik kisah kami rakyat bawah terpaksa ikat perut?

A. RAMLI

Setapak