PNB ialah anak syarikat milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera, sebuah yayasan milik kerajaan yang telah ditubuhkan pada Januari 1978 untuk merangka dasar dan garis panduan bagi penyertaan pelaburan ekuiti Bumiputera.

Zeti adalah pengerusi PNB yang ke-4. Beliau juga adalah bekas Gabenor Bank Negara (BNM).

Zeti adalah wanita pertama memegang jawatan pengerusi PNB. Sebelum ini ketiga-tiga pengerusi PNB adalah lelaki.

Adalah diharapkan di bawah kepemimpinan Zeti, PNB akan dilihat sebagai sebuah institusi pelaburan yang berwibawa, berintegriti dan disegani dalam kalangan institusi pelaburan di dalam dan luar negara. Saya yakin barisan pengurusan dan warga kerja PNB amat mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran Zeti sebagai pengerusi mereka yang baharu dengan tangan terbuka.

PELABUR SETIA ASB