Untuk makluman, sehingga hari ini bekas suami masih gagal menghantar pulang anak kedua kami yang diambil pada 31 Mac 2017. Sementara itu, alasan yang diberikan oleh pegawai polis terbabit adalah anak saya bukan hilang tetapi di bawah jagaan bapanya. Justeru, tiada keperluan untuk melakukan pencarian.

Rentetan daripada itu saya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan mengupah penyiasat persendirian bagi mengesan lokasi sebenar di mana bekas suami tinggal. Namun usaha saya masih gagal. Sebagai seorang ibu, saya amat risaukan tentang keselamatan anak saya.
Diharapkan agar pihak polis lebih prihatin dan bertanggungjawab serta tidak menganaktirikan kes-kes berkaitan dengan perintah Mahkamah Syariah. Jangan tunggu sehingga isu ini ditular baharu hendak mengambil tindakan.

IBU BUNTU

Kelana Jaya, Selangor