Jumlah kutipan tabung berkenaan mencecah RM132 juta setakat 2 Julai lalu selepas cuma sebulan dilancarkan.

Saya telah membuat sedikit sumbangan ke tabung berkenaan.

Sesiapa yang ingin membuat sumbangan ke tabung berkenaan boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452.

Saya sudah. Anda bila lagi?

Tidak kira sama ada jumlah yang hendak didermakan itu kecil atau besar tetapi yang pasti sebagai rakyat Malaysia yang bermastautin di bumi bertuah ini, tidak salah jika kita ingin bersama-sama memberi bantuan kewangan, sekecil mana pun jumlahnya untuk menyelesaikan pembayaran hutang negara.

RM1 trilion adalah jumlah yang amat besar dan untuk kutipan sumbangan mencecah jumlah itu juga akan memakan masa yang agak lama. Pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada tabung berkenaan boleh mencecah RM1 trilion atau lebih.

Bilakah sasaran jumlah itu boleh tercapai hanya masa akan menentukannya. Oleh itu, kita tunggu dan lihat bilakah hari keramat itu akan berlaku. Itu pun jika umur panjang.

 

MOHD FAIZAL ABDULLAH

Kuala Lumpur