MERUJUK pertemuan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dengan Perdana Menteri yang bakal diadakan bagi membincangkan perkara berbangkit berkaitan kebajikan pekerja.

Mewakili pesara berusia 70 tahun dan ke atas, saya merayu agar CUEPACS tidak lupa memperjuangkan nasib kami yang hanya menikmati pencen separuh daripada gaji akhir dan ganjaran (gratuiti). Kadar pencen diterima amat berbeza dengan mereka yang bersara selepas 1995 dan menikmati pencen hampir 70 peratus daripada gaji akhir dan imbuhan.

Untuk makluman, isu tersebut pernah diutarakan kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

ZAKARIA ISMAIL

Alor Setar, Kedah