Kebanyakan peminjam yang seronok boleh tangguhkan pembayaran malah tidak lagi disenarai hitam Jabatan Imigresen adalah anak Melayu, sungguh memalukan.

Rakan-rakan anak saya sendiri berjoli sakan dengan duit pinjaman mereka untuk membeli gajet, barang berjenama dan melancong tetapi marah bila sampai masa untuk membayar kembali pinjaman tersebut.

Lebih menyedihkan, golongan ini bukannya miskin dan terdesak sebaliknya mengambil pinjaman PTPTN untuk duit belanja, sekurang-kurangnya boleh makan makanan segera daripada perlu memasak sendiri.

Kasihan saya lihat golongan pelajar yang miskin dan sangat memerlukan PTPTN tidak mendapat pinjaman dan terpaksa membuat kerja sambilan untuk membayar yuran serta belanja harian.

Apa sebenarnya mahu kita ajar kepada anak-anak muda ini bila boleh tangguh atau tidak bayar hutang pinjaman? Sedangkan anak Cina dan India bekerja keras mendapat keputusan terbaik seterusnya menukar pinjaman itu menjadi biasiswa.

BAPA TUNGGAL

Rawang, Selangor