Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Haji: Utamakan bakal jemaah berusia

PERTIMBANGAN Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud atas permohonan Malaysia untuk menambahkan kuota jemaah haji daripada 22,230 jemaah kepada 30,000 jemaah pada tahun ini adalah suatu petanda yang amat baik.

Kita wajib bersyukur kerana pertambahan kuota haji itu kelak jika benar-benar diluluskan akan memberikan lebih banyak peluang kepada bakal jemaah haji yang sentiasa menunggu dengan penuh harapan agar nama mereka naik dipilih sebagai salah seorang calon jemaah untuk musim haji tahun ini.

Saya juga mengalu-alukan pengumuman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhubung keutamaan yang akan diberikan kepada bakal jemaah berumur 70 tahun ke atas bagi mengisi kekosongan tempat mereka yang mengambil keputusan menarik diri daripada melakukan ibadah tersebut yang biasanya antara 10 peratus hingga 15 peratus setiap tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, saya ingin mencadangkan pemilihan bakal jemaah haji perlu mengambil kira faktor umur. Sebagai contoh untuk umur 70 tahun ke atas diberikan kuota 30 peratus; 60 tahun hingga 69 tahun 25 peratus ; 50 tahun hingga 59 tahun 15 peratus dan baki 30 peratus diagihkan kepada bakal jemaah haji yang berumur 50 tahun ke bawah.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL

Yang Dipertua Persatuan Jamalullail Perak

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain