Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hadkan kemasukan pesakit ke Hospital Kajang

KEADAAN wad lelaki Hospital Kajang yang sesak, baru-baru ini.
KEADAAN wad lelaki Hospital Kajang yang sesak, baru-baru ini. GAMBAR IHSAN PEMBACA

Saudara Pengarang, HAMPIR 30 tahun saya membesar di Kajang, Selangor dan sepanjang tempoh itu seolah-olah tiada usaha dilakukan bagi menambah baik mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hospital Kajang.

Misalnya, isu kesesakan wad tidak pernah berkesudahan walaupun sudah dibuka Hospital Serdang yang terletak tidak jauh dari bandar itu.

Saya juga keliru mengenai prosedur penerimaan pesakit di hospital berkenaan. Isunya apabila dua adik saya telah dikesan menghidap demam denggi di sebuah klinik kerajaan, baru-baru ini.

Mereka tidak dibenarkan untuk dihantar ke Hospital Serdang yang jauh lebih selesa. Malah, pegawai perubatan di klinik itu tetap berkeras untuk menghantar mereka ke Hospital Kajang.

Saya bersangka baik, mungkin pemandu ambulans terlalu banyak pesakit yang perlu dihantar atau prosedur yang mengambil kira jarak rumah pesakit dengan hospital. Namun, apabila pesakit sendiri yang rela memilih hospital lain, saya kira pihak klinik wajar mempertimbangkan.

Gambar yang saya sertakan ini sudah cukup menceritakan keadaan di wad lelaki umpama sebuah hospital yang berada dalam zon perang. Ada pesakit diletakkan di laluan pejalan kaki dan di tepi dinding.

Bayangkan kalau berlaku kebakaran? Bagaimana bilangan pesakit terlalu padat mampu menyelamatkan diri dari bangunan empat tingkat berkenaan?

Cadangan saya kepada pihak pengurusan Hospital Kajang mahupun Kementerian Kesihatan agar mengawal jumlah kemasukan pesakit jika hospital yang sudah berusia lebih 30 tahun itu tidak mampu diubah suai menjadi lebih baik.

Hadkan sahaja jumlah kemasukan pesakit. Sekiranya melebihi kuota, terus sahaja hantar ke hospital berdekatan yang jauh lebih selesa dan bersedia menampung jumlah pesakit ramai.

MUHAMMAD

Kajang

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain