melebarkan unsur seni dan sains dalam mata pelajaran yang diajar dan berusaha membuat pelajar berminat serta mengambil berat tentang pembelajaran. Di Roosevelt University di Chicago, Steven A. Meyers mengkaji kesan pedagogi transformasi terhadap pencapaian pelajar.

Dalam ulasan baru-baru ini, Meyers menyoroti bagaimana ahli fakulti yang mengajar kursus dalam talian boleh belajar untuk mengubah pelajar mereka. Cadangan beliau termasuk:

  • Mewujudkan persekitaran yang selamat.
  • Menggalakkan refleksi pengalaman, kepercayaan dan ketidakadilan (bias).
  • Menggalakkan penglibatan dan penyertaan.
  • mengemukakan permasalahan sebenar dan nyata yang menimbulkan ketidaksamaan dalam masyarakat; dan
  • Membantu pelajar melaksanakan penyelesaian berorientasikan tindakan.

Lima amalan transformasi teratas yang dicadangkan adalah:

Biarkan diri anda berinspirasi dan teruja

Mahu memberi inspirasi kepada pelajar anda? Biarkan diri anda teruja bersama mereka. Bayangkan betapa hebatnya udara segar dan peluang bagi mereka apabila pada satu seketika anda menurunkan had kuasa anda dan menunjukkan

bahawa kita tidak pernah berhenti belajar.

Jadikan teori menjadi amalan

Terlalu banyak kursus memberi tumpuan kepada konsep dan teori dan tidak membenarkan pelajar menerapkan apa yang telah mereka pelajari kepada situasi kehidupan sebenar. Berikan peluang kepada pelajar mengamalkan teori, sama ada dalam suasana sebenar atau secara alam maya. Ini adalah cara yang baik untuk mengukuhkan konsep-konsep penting dalam minda pelajar kerana mereka lebih cenderung untuk mengingati bahan maklumat dengan gabungan emosi dan atau praktikal.

Sentiasa menunjukkan bahawa anda mengambil berat dan peduli

Para penyelidik telah mendapati bahawa lebih banyak guru mengambil berat tentang pelajarnya, lebih banyak rasa hormat yang akan diterima daripada mereka. Awal tahun ini, calon Doktor Falsafah (PhD) Utah State University, Andrew S. Larsen menerbitkan tesis pengajian siswazah bertajuk Who Cares? Developing a Pedagogy of Caring in Higher Education (Siapa peduli?: Membangunkan Pedagogi Mengambil Berat di Pusat Pengajian Tinggi). Beliau menemuduga 20 pelajar universiti dan 10 profesor, dan Larsen dapat mengenal pasti lapan langkah berikut yang paling penting dalam bidang pendidikan tinggi. Antaranya ialah mengetahui nama pelajar. “Apabila anda tahu nama pelajar, anda seolah telah memaklumkan kepada mereka bahawa anda telah membuat

pelaburan di dalamnya,” kata profesor Sosiologi, Faith Johnson, yang merupakan salah seorang daripada subjek kajian Larsen. “Anda telah menghabiskan sedikit masa dan usaha bagi pihak mereka. Dan usaha itu memecahkan sebahagian dinding yang pada mulanya menghalang dan menghadang seorang profesor dan pelajar,“ katanya. 

Berbincang secara terbuka mengenai pedagogi

Mengapakah untuk bercakap dengan pelajar tentang amalan dan dasar pendidikan menjadi pantang larang? Mengapa kita memperlakukan pelajar seperti pendapat mereka mengenai pendidikan tidak penting? Ia sangat penting untuk terbukaan dan menunjukkan bahawa kita menghargai maklum balas mereka.

Berikan maklum balas bermakna

Penggredan adalah proses yang memakan masa dan bukanlah sesuatu menyenangkan kita semua. Tetapi amat penting bagi pelajar untuk menerima sesuatu yang lebih bermakna sebagai balasan kerja mereka bersungguh-sungguh (atau mereka yang malas).

Cubalah untuk berusaha dan mengelak dari memberi komen yang samar atau tidak membantu seperti ‘perlu lebih banyak lagi di sini’ atau ‘tidak jelas’. Nyatakan dengan spesifik dan jika boleh bertemulah dengan murid atau pelajar secara langsung atau beri

maklum balas rakaman suara.

AZIZI AHMAD

Institut Pendidikan Guru

Kampus Bahasa Antarabangsa

Lembah Pantai Kuala Lumpur