Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Guna wakaf agih kekayaan

UMAT Islam amat mementingkan persaudaraan antara satu sama lain. Penzahiran persaudaraan itu bukan semata-mata dalam bentuk pertolongan dari segi sumbangan tenaga, malah Islam mengajar umatnya supaya membantu dalam bentuk wang dan harta benda.

Islam telah menyediakan satu mekanisme untuk umatnya berkongsi harta kekayaan dengan orang lain melalui cara berwakaf.

Wakaf adalah satu amalan sunat dan amat digalakkan. Sesungguhnya amalan mewakafkan harta ke jalan yang baik akan diberi ganjaran pahala yang berkekalan dan berpanjangan selama harta wakaf itu masih ada dan terus dimanfaatkan.

Di negara kita, pengurusan wakaf diletakkan di bawah majlis agama Islam setiap negeri yang mempunyai unit khusus untuk menguruskan, menyelenggara dan melabur harta wakaf supaya dapat berkembang dan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai umat Islam.

MOHD. YAKOP IKRAM

Ipoh, Perak

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain