Realitinya, kebanyakan individu yang menjadi keyboard warrior menjalankan aktiviti mereka dengan berselindung di sebalik nama samaran dan gambar hiasan.

Saya yakin dengan mendedahkan identiti sendiri, pengguna media sosial akan lebih menjaga adab dan budi bahasa seolah-olah bercakap di khalayak ramai.

Tiada lagi ruang untuk menghina bangsa dan agama orang lain melalui portal berita ‘bebas’, sekali gus memudahkan pihak berkuasa menjejaki serta mengenakan tindakan sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang.

Dengan cara ini, pihak berkuasa juga tidak terbeban dalam usaha menguatkuasakan undang-undang kerana tekanan sosial akan mendorong pengguna lebih beradab dan berdisiplin.

KHAIRUL AZIM AZHAR
Selayang, Selangor