Saya kira pandangan sedemikian sukar diterima kerana Malaysia dibanjiri jutaan pekerja asing yang hidup mewah di negara ini sedangkan graduan kita merempat tanpa pekerjaan disebabkan sikap mereka yang terlalu memilih kerja.

Untuk makluman, industri kawalan keselamatan ketika ini mengalami kekurangan tenaga kerja yang amat kritikal, justeru graduan tempatan disaran mengisi kekosongan itu terlebih dahulu sebagai batu loncatan untuk terus mara ke pekerjaan lain pada masa depan.

Industri ini sebenarnya tidak terhad menjadi ‘jaga’ (pengawal) sahaja, sebaliknya diperlukan juga dalam hi tech, operator CCTV, perakaunan, pemanduan, pegawai bersenjata, body guard, chief cashier dan pengendalian pengisian wang ATM serta bidang pentadbiran yang berpotensi ke arah kenaikan pangkat.

Buktinya, ketika negara mengalami kegawatan sekitar 1985, seramai 30 graduan memilih untuk bekerja sebagai pegawai keselamatan di syarikat kami. Setelah tiga bulan menimba pengalaman, mereka mendapat peluang pekerjaan di tempat lain dengan jawatan dan pendapatan yang lebih baik.

Justeru, mana-mana graduan menganggur yang berminat untuk menggilap potensi mereka di syarikat kami boleh melawat laman sesawang www.srt-eon.com

DATUK RAHMAT ISMAIL

Pengerusi Eksekutif

SRT EON Security Services Sdn. Bhd.