Sistem itu kelak memberi ruang kepada bakal graduan dan graduan mempromosi diri, kelebihan dan kemahiran mereka kepada bakal majikan dan pihak industri dalam bentuk video pendek dilengkapi infografik kreatif dan menarik.

Pendek kata, digital resume dihasilkan itu amat mudah diakses oleh bakal majikan dengan bantuan media sosial yang penggunaannya begitu meluas. Bagi menjayakan pelaksanaannya, institusi pengajian tinggi (IPT) terlebih dahulu perlu mengintegrasikan e-portfolio masing-masing dengan sistem iGCPA.

Sementara itu, Pusat Tanggungjawab (PTj) boleh membantu bakal graduan untuk membangunkan digital resume di IPT masing-masing melalui latihan dan program bersesuaian.

Dengan kemajuan teknologi itu diharapkan pihak IPT akan mempunyai bank digital resume keseluruhan pelajarnya yang boleh ‘dipasarkan’ kepada bakal majikan dan pihak industri.

DR. NISAR MOHAMAD AHMAD

Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya Universiti Sains Islam Malaysia