Kalangan pelajar masa kini dibebani pelbagai mata pelajaran yang kadangkala melebihi 10 mata pelajaran dan ini sudah pasti membuat seseorang pelajar itu tertekan hanya kerana mahu mencapai cita-cita mendapatkan gred A+ cemerlang.

Bagi pelajar dan ibu bapa, masa hadapan seseorang itu hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik sahaja.

Ubahlah cara berfikir sedemikian dan tukarkan sistem pendidikan supaya lebih kepada bagaimana untuk mendidik pelajar sejak kanak-kanak lagi tentang adab dan berakhlak mulia dengan disusuli sikap jujur, amanah, berdisiplin serta mempunyai sikap yakin kepada diri sendiri dan akhir sekali terapkan sikap mencintai negara.

Ambil iktibar bagaimana negara Jepun atau negara-negara maju di Eropah di mana sejak kanak-kanak lagi apa yang mereka ajarkan kepada kanak-aanak itu bermula dengan bagaimana untuk mendisiplinkan diri dan beramanah serta jujur dan suka membantu.

BAPA MITHALI

Seremban