Utusan Malaysia hanya menyampaikan berita dan hal-hal terkini.

Akhbar ini tidak pernah menyuruh sesiapa atau menghasut, memaksa, membuat hal-hal tidak elok. Semua itu memang tiada.

Biarkanlah Utusan Malaysia menguruskan kerja-kerja mereka. Pengarang mereka bebas menulis. Begitu juga pembaca bebas memberi pendapat untuk disiarkan.

Oleh itu, diminta semua pihak hormatilah tentang perkara seperti ini.

Janganlah ceroboh hal-hal orang (menceroboh).

Boleh ke faham perkara ini? Kalau boleh faham, terima kasih.

Diminta cubalah membaca Utusan Malaysia dan saya bangga dengan diri saya sendiri kerana tiap-tiap hari membaca akhbar Utusan Malaysia.

Gesaan saya, teruskan urusan mu Utusan Malaysia!

ROSLINA

Bidor, Perak.