Tidak cukupkah undang-undang sedia ada? Perlembagaan telah menetapkan Islam agama Persekutuan dan agama lain bebas dianuti dan semua kepercayaan dihormati tetapi selama ini agama dan bangsa mana yang kerap dihina?

Bagi orang Islam yang bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, Allah hanya menerima Islam sebagai agama yang benar. Mohon semua ahli Parlimen Islam menolak cadangan ini.

Apakah tidak cukup hal raja-raja Melayu, hak bumiputera serta kepemimpinan Angkatan Tentera Malaysia mula diceroboh?

Berapa banyak lagi sarang tebuan yang mahu dijolok oleh kerajaan Pakatan Harapan? Sabar pun ada hadnya.

ABA

Behrang