Aset yang dimaksudkan terletak di persimpangan T, Persiaran Kayangan dengan Persiaran Institut, Seksyen 7, Shah Alam. Aset tersebut juga adalah hampir dengan Lampu Isyarat SA 10 seperti di dalam gambar yang saya ambil sendiri.

Sebenarnya, saya telah menulis emel kepada Datuk Bandar Shah Alam pada 8 Oktober 2018 lalu berkenaan isu ini. Pun begitu, belum ada apa-apa tindakan diambil sehingga aduan ini ditulis.

Dengan laporan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia ini, adalah diharapkan aset yang hodoh ini dapat diganti dengan serta-merta. Terima kasih.

KAMARUDDIN HASSAN

Seksyen 8, Shah Alam