Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Galakkan literasi alam sekitar

SAUDARA PENGARANG

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan dan menyokong cadangan daripada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk memperkenalkan pendidikan alam sekitar di sekolah.

SAM percaya usaha ini mampu menggalakkan literasi alam sekitar dalam kalangan pelajar sejak di peringkat pra-sekolah lagi. Menurut Program Pendidikan Alam Sekitar Antarabangsa UNESCO-UNEP, seseorang yang celik alam sekitar ialah individu yang mampu memahami, membuat keputusan wajar dan bertindak mengikut kepentingan alam sekitar.

Celik alam sekitar juga melibatkan kerja secara individu dan kolektif dalam usaha mendapatkan keseimbangan antara kualiti hidup dan kualiti alam sekitar. Di Malaysia, pendidikan alam sekitar di sekolah sering diketepikan. Oleh itu, kurikulum holistik yang baharu bermatlamatkan literasi alam sekitar perlu diwujudkan segera.

Tidak dinafikan sukatan pelajaran di sekolah ketika ini mempunyai beberapa unsur pendidikan alam sekitar tetapi hanya terselit pada subjek-subjek tertentu. Selain itu, SAM juga mahu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan aktiviti melibatkan penyertaan aktif para pelajar di luar kelas.

SAM yakin penglibatan aktif pelajar di luar bilik darjah mampu mencetuskan kesedaran mereka terhadap pentingnya menjaga alam sekitar antaranya seperti berkebun, pemantauan sungai, mempelajari tentang tumbuh-tumbuhan serta menanamkan sifat cintakan hutan.

SAM percaya melalui kaedah seperti ini pelajar kita akan mempunyai pemahaman yang lebih mendalam serta kesedaran yang lebih tinggi mengenai kepentingan menjaga alam sekitar serta hubungannya dengan manusia.

Bukan itu sahaja, usaha tersebut akan menggalakkan lagi para pelajar mengubah gaya hidup ke arah lebih menyayangi alam sekitar serta berfikir secara kritikal. Mereka juga akan lebih bertanggungjawab terhadap persekitaran masing-masing.

Secara umumnya pendidikan alam sekitar haruslah mengutarakan nilai-nilai seperti penggunaan mampan, pembangunan lestari dan perlindungan sumber alam sama ada dalam diri individu mahupun komuniti. SAM juga amat berbesar hati untuk memberi bantuan kepada pihak kementerian terlibat dalam menyediakan sukatan pelajaran pendidikan alam sekitar seperti disyorkan itu.

S.M. MOHAMED IDRIS

Presiden SAM

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain