Berbanding industri filem di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan Korea Selatan yang kebanyakan karya mereka mempunyai mesej tertentu untuk disampaikan kepada penonton, sesetengah penerbit di negara ini pula cenderung menghasilkan filem semata-mata mahukan keuntungan.

Sudah tiba masanya industri filem tempatan membuat perubahan agar karya-karya lebih ‘berisi’ dan memberi manfaat dihasilkan terutama dalam usaha memajukan lagi masyarakat dan negara. Mahu tidak mahu, pembikin filem perlu lebih bijak dan kreatif menyampaikan mesej berkesan melalui filem.

Penerbit dan pengarah filem sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk membentuk acuan minda rakyat yang lebih positif, dan filem adalah salah satu medium yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat itu.

 

NORZALIAH RAZALI

Kuala Lumpur