Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Filem Munafik 
ada unsur dakwah

SAUDARA PENGARANG,

FILEM Munafik mempunyai unsur dakwah yang mudah difahami oleh penonton kerana babak yang ada dalam filem itu berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. GAMBAR HIASAN

USAHA karyawan tempatan memasukkan elemen keagamaan di dalam filem arahan mereka seharusnya diberikan pujian. Antaranya, filem terbaharu arahan Syamsul Yusof bertajuk Munafik yang ditayangkan pada 25 Februari lalu.

Syamsul sendiri turut memegang watak utama sebagai pengamal perubatan Islam dan filem berkenaan yang turut dibintangi Nabila Huda, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz dan ramai lagi.

Filem terbitan Skop Productions Sdn. Bhd. itu mempunyai unsur dakwah yang mudah difahami oleh penonton kerana babak yang ada dalam filem itu berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Banyak mesej berguna yang disampaikan dalam filem berkenaan, contohnya janganlah kita ragu-ragu dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Saya juga berbangga kerana filem yang sarat dengan 
unsur-unsur pengajaran ini dapat mencatatkan kutipan RM11 juta selepas dua minggu ditayangkan.

Secara dasarnya, filem berkualiti seperti Munafik adalah hasil karya yang memberikan apa yang masyarakat atau penonton perlukan, bukan memberi apa yang masyarakat mahukan.

Realiti yang berlaku pada hari ini, banyak filem dihasilkan semata-mata untuk meraih keuntungan. Saya mendapati pengarah lebih gemar memilih genre komersial yang mendapat sambutan penonton seperti komedi, romantik, cinta dan seram.

Ini bukan bermaksud di Malaysia tiada langsung filem Melayu yang boleh diletakkan dalam genre keagamaan. Namun filem sedemikian hanya bersifat minoriti. Contohnya, Semerah Padi, Isi Neraka dan Syukur 21.

Saya berharap lebih banyak filem yang menerapkan elemen keagamaan diterbitkan. Ini kerana filem tanpa pengisian nilai moral dan agama hanya akan menjadi seperti kanvas kosong yang tidak memberikan sebarang manfaat.

AMALINA SHAHIRAH 
ABDUL RAHMAN

Nilai

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain