Lim Teong Kim

Tahukah anda program akar umbi Jepun juga mengambil masa 50 tahun untuk mencorakkan pemain kelas dunia manakala Malaysia dalam landasan projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) baru mengambil masa empat tahun.

Namun begitu, FAM terlalu inginkan kejayaan yang pantas sehingga terlepas pandang akan kejayaan skuad muda kita dalam aksi perlawanan bola tersebut.

Kejayaan memang sukar dikecapi dalam tempoh yang singkat, ia memerlukan latihan dan masa yang lama untuk merangka peningkatan pemain dalam meneliti setiap aksi mereka. Gagal sekali bukan bererti kita gagal selamanya.

Pihak FAM dan NFDP sepatutnya mengambil pengajaran dan merangka pengurusan program yang lebih baik pada perlawanan akan datang.

Program NFDP ini juga sebenarnya wajar diteruskan dan dikekalkan selagi kelab bola sepak kita masih tiada pusat latihan sendiri dan akademi yang lengkap. Sampai bila hendak maju kalau kalah sahaja terus dipecat?

NUR RAMIEZA 
ABDUL WAHID

Klang, Selangor