Pengalaman saya yang pernah belajar di luar negara mendapati banyak kelebihan berbuat demikian termasuk mengajar seseorang itu menjadi lebih berdikari.

Daripada tidak pandai memasak, sekarang sudah mempunyai kemahiran itu. Kalau dahulu sangat liat untuk bangun awal pagi, tetapi sekarang sudah mampu bangun dengan sendiri tanpa dikejutkan.

Bagi pelajar yang memilih tinggal sebilik atau serumah dengan rakan-rakan rakyat tempatan mereka juga boleh meningkatkan lagi kefasihan berkomunikasi menggunakan bahasa asing dalam tempoh lebih pantas.

WAN NUR AFIFAH WAN MOHD. AZLAN

Negeri Sembilan