Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Etok salai terkenal

SAUDARA PENGARANG, SAYA ingin berkongsi dengan pembaca tentang sejenis makanan yang unik. Makanan ini hanya boleh didapati di Kelantan dan Terengganu sahaja. Makanan yang dimaksudkan adalah etok salai. Makanan ini sangat popular dalam kalangan penduduk rakyat di dua negeri ini.

Etok adalah sejenis hidupan cengkerang yang boleh ditemui di sungai air tawar. Etok kebiasaannya mempunyai cengkerang yang nipis dan bersaiz lebih kecil daripada kerang. Cengkerang etok lazimnya terdapat dalam dua warna iaitu hitam dan kekuningan.

Makanan ini biasanya dijual di pasar-pasar pagi dan gerai-gerai di tepi jalan di Kelantan dan Terengganu. Makanan ini amat diminati oleh penduduk setempat. Bulan Mac hingga Ogos dianggap waktu terbaik untuk menangkap etok. Etok sangat menyukai kawasan yang tenang aliran airnya dan aktiviti menangkap etok senang dilakukan di air yang cetek.

NORIDAYU AZIZ

Nilai

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain