Begitu juga dengan penyebaran maklumat. Sekiranya dahulu surat khabar menjadi tempat mendapatkan maklumat ketika Malaysia hendak mencapai kemerdekaan, penggunaan surat khabar menjadi sangat penting.

Akan tetapi, cuba kita lihat di masa kini, penggunaan surat khabar menjadi berkurangan dan tidak ramai orang yang menjadikan surat khabar sebagai bahan bacaan bahkan mereka lebih mudah untuk menerima apa yang ada di media sosial.

Bahkan masyarakat mempercayai secara membuta tuli tanpa selidik dahulu. Bagi mereka, menggunakan media sosial menjadi lebih cepat dan mudah dan segala maklumat hanya boleh didapati menerusi Internet.

Jadi tidak khairanlah penggunaan media sosial menjadi sangat penting kepada masyarakat kini. Ramai pengguna cuba untuk meraih populariti dengan mengguna media sosial ini.

Perlembagaan Persekutuan, Artikel 9 (1) menyatakan bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai hak kebebasan untuk bersuara akan tetapi mempunyai had tertentu.

Ini bermaksud rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berkempen, menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaan dan pendapat.

Namun haruslah diingat, ia juga punya had dan tidak menggunakan media sosial dengan sebebas-bebasnya.

Sebarang suara atau tindakan yang mempunyai kecenderungan untuk menjatuhkan institusi Kerajaan Persekutuan dan institusi Raja-raja Malayu akan dikenakan hukuman. Begitu juga dengan berkempen, ia juga dibenarkan akan tetapi janganlah kita sampai mengganggu ketenteraman serta menimbulkan pertelagahan antara mana-mana pihak.

Janganlah kita terlalu ketagih ketika menggunakannya risau nanti akan membawa kepada mudarat. Walaupun penggunaan teknologi menjadi sangat penting pada masa kini, manusia tetap memerlukan peralatan tradisional untuk melangsungkan hidup seperti kertas dan pen untuk menulis dan masih ada segelintir masyarakat yang membaca surat khabar.

Jangan kita menyalahgunakan teknologi ini dengan menyebarkan berita palsu hanya semata-mata untuk meraih perhatian dengan menyakiti semua pihak. Ada juga yang menggunakan media sosial untuk berniaga dan hanya ingin mengaut keuntungan dengan menipu pembeli di luar sana.

 

NURUL HUSNA FATHIYYAH MOHD. ASRI

Universiti Sains Islam Malaysia