Saya yakin prosedur ketat perlu dikenakan selepas ini.

Misalnya di sekolah, kerja-kerja memesin rumput hanya dibenarkan apabila tiada sebarang aktiviti melibatkan warga sekolah termasuk pelajar di padang manakala pemotongan rumput di kawasan sekitar bangunan kerajaan pula dihadkan di luar waktu pejabat sahaja.

Cuma saya tak pasti dengan prosedur pemotongan rumput di tepi atau bahu jalan.

Rasanya macam tidak praktikal pula untuk mengadakan sekatan jalan raya semata-mata mahu memberi laluan kepada kontraktor untuk memotong rumput.

Pada hemat saya, kemalangan seumpama itu dapat dielakkan jika aspek kejuruteraan dititikberatkan dan ini termasuk memastikan hanya mesin rumput yang diiktiraf selamat dan mengikut piawaian sahaja digunakan.

ZIN MARKAM

Kuala Lumpur