Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Elak politik dalam masjid

SAUDARA PENGARANG,

SUNGGUH malang bila kedengaran masih ada masjid di kawasan Senawang tidak dapat dimakmurkan dengan aktiviti-aktiviti menjana ekonomi qariah melalui penubuhan koperasi kerana wujudnya konflik antara nazir yang berjawatan politik dengan pihak pengurusan dan qariah masjid.

Oleh itu, disarankan pihak atasan semua parti politik berkaitan menjadi perantaraan antara nazir berjawatan parti politik dengan anggota koperasi masjid supaya budaya dan mentaliti mengawal ‘sepenuhnya’ kawasan politik tidak dicampur adukkan dengan usaha memakmurkan ekonomi penduduk setempat.

Dengan wujudnya persefahaman dan peraturan antara nazir masjid dan koperasi masjid, qariah di kawasan tersebut sudah pasti dapat bersama-sama merangsang ekonomi keluarga dan koperasi mereka dengan bantuan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa).

Usaha mengawal ‘sepenuhnya’ sesuatu kawasan secara tidak beretika boleh melemahkan ekonomi penduduk dan secara tidak langsung membuat penduduk atau rakyat menuding jari kepada kerajaan memerintah di atas segala masalah hidup mereka.

Jadi, saya berpendapat pendekatan kuno yang di bawa sesetengah ahli politik ke dalam masjid sudah tidak sesuai lagi diaplikasikan khususnya jika mahu mengawal minda penduduk.

Beringatlah, kawasan sekitar Seremban dan Senawang juga bukan ‘hulu dan tidak terpelajar’ kerana sudah dibanjiri golongan cerdik pandai yang ‘melimpah’ dari Kuala Lumpur.

QARIAH TTJ

Senawang, Negeri Sembilan

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain