Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Elak bekerja sampai mati

CADANGAN melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun bertujuan
CADANGAN melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun bertujuan memastikan pesara mempunyai wang mencukupi untuk menyara hidup hingga ke akhir hayat. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

SARANAN beberapa pihak supaya dilanjutkan usia persaraan sehingga 65 tahun khususnya golongan pakar dalam bidang perubatan dan pendidikan adalah tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

Kajian saintis mendapati usia ideal untuk bersara tidak lebih 58 tahun kerana selepas itu badan dan minda manusia mengalami perubahan yang boleh menjejaskan produktiviti ketika bekerja serta mudah melakukan kesilapan.

Berdasarkan purata umur penduduk negara ini yang mampu mencecah 79 tahun, saya melihat cadangan melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun bertujuan supaya pesara mempunyai wang mencukupi untuk menyara hidup hingga ke akhir hayat.

Cadangan itu seolah-olah mahu menerapkan konsep bekerja sehingga mati dalam kalangan rakyat Malaysia sedangkan yang sepatutnya digalakkan adalah berdikari seawal mungkin dalam aspek kewangan.

Sebab itu, kerajaan sudah lama menggalakkan rakyat menyimpan sejak usia muda supaya tidak timbul isu kekurangan wang untuk berbelanja selepas menjadi warga tua. Sepatutnya satu pelan jangka panjang dirangka bagi membantu kakitangan awam mahupun swasta merancang kewangan mereka dan tidak terlalu berharap kepada pencen atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sahaja.

Saya lebih suka jika usia persaraan dikembalikan kepada 55 tahun sementara golongan ilmuwan dan kakitangan kritikal khususnya dalam bidang pendidikan, perubatan dan pertahanan disambung kerja secara kontrak selagi mana kesihatan mental dan fizikal mereka mengizinkan.

Untuk pekerja sokongan, pentadbiran dan jawatan tidak kritikal lain, pastikan mereka ada perancangan kewangan bermula dari tahun pertama diterima bekerja secara tetap sama ada dalam bentuk pelaburan, tabungan, saham dan lain-lain.

Jika sekadar melanjutkan usia persaraan supaya warga emas ada ‘duit belanja’, itu hanya akan menyebabkan mereka perlu bekerja sehingga mati sementara orang muda terpaksa menganggur atau harus bekerja dalam bidang tidak berkaitan dengan kelayakan kerana tiada banyak kekosongan jawatan.

Kerajaan perlu memperkenalkan pelan tindakan jangka panjang supaya warga tua dan orang muda tidak perlu memikirkan hal ‘cari makan’ sepanjang masa sebaliknya memberi fokus sepenuhnya terhadap hasil kerja terbaik untuk majikan dan negara.

PENJUAL ANGGUR

Segamat, Johor

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain