Kerajaan setakat ini beberapa kali membayangkan untuk meneruskan projek ECRL jika kosnya diturunkan. Reuters melaporkan, CCCC bersedia memotong kos 
ECRL sebanyak 50 peratus menjadi RM40 bilion. Tetapi dukacita sekali tawaran itu gagal mengubah keputusan kerajaan untuk membatalkan kontrak.

Penulis membuat andaian yang kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin bersikap anti terhadap segala projek pembangunan yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi ECRL bukan projek untuk Najib, sebalik bagi kemudahan rakyat di tiga negeri Pantai Timur yang selama ini ketinggalan.

Kerajaan PH tidak boleh mengulang alasan basi mengenai hutang negara untuk mengelakkan daripada tanggungjawab membawa pembangunan. Semoga projek ECRL ini dapat diteruskan dengan nama baharu dan diterajui syarikat gergasi pembinaan Malaysia yang layak.

JOE RIZAL
Kuala Lumpur