Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kerajaan Pakatan Harapan (PH) memaklumkan laluan ECRL baharu merupakan pada kos lebih rendah berbanding laluan asal.

Kos lebih rendah kerana laluan asal diubah daripada merentasi Banjaran Titiwangsa di Bentong-Gombak kepada laluan ke Selatan ke arah Negeri Sembilan-Kajang. Kos agak tinggi apabila laluan terowong dibina.

Jumlah Stesen dikurangkan kepada dua stesen. Ini bermakna 60 peratus stesen di Kelantan hilang. Tiada lagi stesen di Pengkalan Kubor, Wakaf Bharu, dan Jelawat.

Berbanding Terengganu, hanya satu stesen daripada jumlah keseluruhan tujuh stesen digugurkan, lebih kurang 15 peratus. Pahang pula hanya stesen di Bentong digugurkan, satu daripada lapan stesen, atau 12.5 peratus.

Dewan Pemuda Ikatan menggesa kerajaan memberikan penjelasan terperinci kerana keputusan ini dilihat menganaktirikan rakyat Kelantan.

SHAHIR AHMAD

Ketua Pemuda Ikatan