Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil perhatian terhadap aduan seorang pembaca Utusan Malaysia (7 Jun 2016) dalam ruangan FORUM yang dikenali sebagai Cik Dah dari USJ berkenaan Portal Rasmi Fatwa Malaysia (e-Fatwa) dalam laman web Jakim yang masih tidak dapat dicapai kerana `sedang dalam selenggaraan’.

Untuk makluman, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, buat masa sekarang kandungan portal e-Fatwa Jakim masih kekal dalam status penyelenggaraan. Proses kemas kini portal ini dibuat bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa dan pengguna.

Pihak Jakim memohon maaf atas apa yang berlaku. Jakim menerima teguran dan cadangan yang dikemukakan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami.

Sehubungan itu, untuk men­yemak fatwa atas urusan rasmi atau peribadi, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk isu-isu fatwa secara terus kepada Jabatan Mufti Negeri sama ada secara dalam talian (online) atau medium-medium rasmi yang lain.

TAN SRI OTHMAN MUSTPHA

Ketua Pengarah Jakim