Bagaimanapun, saya mendapati tidak menjadi satu kebiasaan kepada pengurusan masjid untuk merekodkan kuliah berkenaan sama ada dalam bentuk video, audio dan buku.

Oleh itu, sudah tiba masanya masjid yang mempunyai sumber kewangan banyak mengambil inisiatif mendokumenkan majlis ilmu berkenaan dalam pelbagai bentuk yang boleh memberi manfaat kepada mereka yang cintakan ilmu.

Ini bertujuan supaya khazanah ilmu tidak terbatas kepada anak kariah sahaja, sebaliknya diperluaskan kepada kumpulan sasar lebih besar.

SALLEH SAAD

Kepala Batas, Pulau Pinang